Home » Puding » Puding Sagu Gula Melaka

Puding Sagu Gula Melaka

Hari ini saya akan kongsikan resepi puding sagu gula melaka nur qaseh. Resepi ini sangat mudah buatnya dan sangat sedap di tekak anak, terutama untuk hidangan berbuka puasa. Resepi ini didapat daripada blog Azie Kitchen. Jom layan resepi mudah dan cepat disediakan ini.

Resepi Puding Sagu Gula Melaka

Bahan sagu:

  • 1 cawan biji sagu warna putih
  • 1 helai daun pandan – di carik dan simpul
  • 1 liter air
  • pewarna sesuai kegemaran
  • jagung manis

Cara buat:

  1. Rendam biji sagu anggaran masa setengah jam hingga biji agak kembang. Toskan airnya.
  2. Didihkan air bersama daun pandan dalam periuk.
  3. Setelah mendidih, masukkan sagu yang telah direndam tadi dan masak hingga sagu bertukar warna menjadi jernih.
  4. Tutup api dan biarkan sekejap.
  5. Toskan sagu dan lalukan di bawah air paip yang mengalir untuk membuang kanji.
  6. Titiskan pewarna dan kacau menggunakan garfu.
  7. Tuang sagu ke dalam acuan dan masukkan dalam peti sejuk.

Bahan manisan:

  • 1 ketul gula melaka
  • 1 helai daun pandan – di carik dan simpul
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air

Cara buat:

  • Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga gula larut dan pekat. Lalu tapiskan.

Bahan kuah:

  • santan / susu cair / kuah susu kastard

Cara menghidang:

  1. Keluarkan sagu dari acuan dan masukkan ke dalam mangkuk.
  2. Tuang gula melaka dan santan.
  3. Letak sesudu jagung manis.

Resepi Puding Sagu Gula Melaka sudah sedia untuk dihidangkan. Lebih sedap dimakan sejuk sejuk. Ramai orang lebih suka menggunakan santan daripada susu cair. Lebih berlemak dan tak buat cepat muak. Selamat mencuba daripada kami.

Add a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *