resepi puding kukus berkuah sos kastard

Puding Roti Kukus Berkuah Sos Kastard

Hari ini saya akan kongsikan resepi puding roti kukus berkuah sos kastard. Cara buat puding roti ini sangat ringkas dan mudah untuk dibuat. Ia menggunakan bahan yang mudah didapati. Makanan ini juga sangat popular disajikan sebagai pencuci mulut di pelbagai hotel di seluruh dunia. Sebenarnya saya memang tak rajin sangat nak buat dessert, rasa macam susah je. Yang senang cuma makan je. Oleh itu, sesekali saya cuba buat sendiri di rumah, sedap pula rasanya. Yang penting saya sudah punya keinginan nak cuba share disini walaupun semua orang sudah pandai buat. Jom kita tengok cara buat puding roti kukus dengan kuah sos kastard di bawah ini.

resepi puding roti kukus berkuah sos kastard

Bahan-bahan:

  • 5 keping roti gardenia (roti lain boleh)
  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu butter
  • kismis

Cara membuat:

  1. Pertama-tama, masaukkan telur, gula, dan esen vanila ke dalam bekas, kacau hingga sekata (boleh guna blender / mixer).
  2. Selepas itu, masukkan susu cair, kacau sekata.
  3. Ambil roti, sapukan butter depan dan belakang (kalau nak carik-carikkan pun boleh ya!) susun dalam loyang bagi comel-comel tau.
  4. Tuang semua adunan ke atas roti yang telah disusun dalam loyang.
  5. Taburkan kismis di permukaannya.
  6. Kukus selama 20-25 minit.

Bahan buat sos kastard:

  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanila.

Cara membuat:

  1. Masukkan tepung kastard, susu cair, gula dan esen vanila, masak menggunakan api perlahan, kacau sampai masak.
  2. Pastikan selalu di kacau untuk mengelakkan sos berketul.

Resepi puding roti kukus berkuah sos kastard sudah sedia untuk dihidangkan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *