puding oreo milo

Puding Oreo Milo “WannaCry”

Hari ini saya akan kongsikan resepi puding oreo milo “WannaCry”. Siapa yang suka makan puding? Saya memang suka sangat, anak-anak pun juga suka. Tapi bila setiap hari beli kat gerai rasa tak jimat dan tak puas makan. Beli 1 rasa masih tak cukup. Kalau nak puas memang best buat sendiri. Untuk anda yang baru mencuba sendiri di rumah, sila buat dalam kuantiti sedikit dulu sebab ikut selera korang. Bila sudah dapat sukatan yang sesuai selera boleh buat rujukan.

puding oreo milo

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus oreo
  • 10 g serbuk agar-agar
  • 150 g gula
  • 3/4 cawan milo
  • 1 tin susu cair (400 ml)
  • 750 ml air

Cara penyediaan:

  1. Biskut oreo dipatah patahkan dua, lebih bajet patah 4
  2. Masak serbuk agar-agar dengan air hingga larut. Ikut sukatan air supaya tak kurang.
  3. Selepas itu masukkan gula dan kacau hingga larut. Api sederhana je, rentung lak kang.
  4. Kemudian masukkan susu cair dan kacau sebati hingga air mendidih.
  5. Bila semua bahan tadi sudah sebati, pisahkan menjadi 2 bahagian (adunan milo dan adunan putih)
  6. Bahagian pertama akan kita buat adunan milo, campurkan dengan milo dan kacau manja hingga sebati. Jangan ada yang berketul-ketul.
  7. Pisahkan adunan milo menjadi 2 bahagian, satu untuk lapisan bawah dan satu untuk lapisan atas sekali.
  8. Sekarang masukkan adunan milo ke dalam acuan, tuang dan tunggu keras sikit.
  9. Kemudian masukkan adunan putih (yang tiada campuran milo).
  10. Letakkan oreo ikut kreativiti, pastikan ua tenggelam kebawah adunan putih.
  11. Bila adunan sudah keras sikit, tuang adunan milo yang kedua.
  12. Sejukkan sekejap dengan suhu bilik, kemudian masukkan dalam peti sejuk bahagian bawah je.

Dalam 1/2 jam puding oreo milo “WannaCry” sudah boleh dihidangkan. Kalau sudah cuba dan sedap, bagi tau kawan dan share lah blog ini. Kalau tak sedap bagi tau kakak.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *