resepi puding karamel gula hangus

Hari ini saya akan kongsikan resepi puding karamel gula hangus. Resepi ini menjadi yang paling ramai dicari di google. Puding ini boleh dibuat dengan menggunakan 2 cara, iaitu menggunakan telur dan tanpa telur. Bagi anda yang berpantang makan telur, boleh cuba yang cara tanpa telur. Memang senang buat puding buat orang di rumah kerana biasanya beli diluar tak kena selera tekak kita. Yang saya kongsi disini adalah cara buat puding karamel gula hangus di bawah ini menggunakan telur. Jom kita tengok cara buat resepi puding karamel dibawah ini.

resepi puding karamel gula hangus

 

Bahan untuk puding:

  • 10 biji telur ayam gred B
  • 1 tin susu/krimer pekat manis (505gm)
  • 1 tin susu air (guna tin susu tadi)
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla

Bahan untuk karamel:

  • 5 sudu besar gula pasir
  • 3 sudu besar air panas

Cara membuat:

  1. Sediakan karamel terlebih dahulu, campurkan gula dengan 1 sudu air.
  2. Panaskan sehingga jadi warna perang.
  3. Kemudian tambah 2 sudu besar air panas lagi, boleh tambah sedikit air lagi jika terlalu pekat. Padamkan api.
  4. Tuang ke dalam bekas untuk dikukus.
  5. Pecahkan telur kedalam mangkuk (cuci dulu telur).
  6. Masukkan susu/krimer pekat manis, air dan esen vanila bersama telur tadi.
  7. Kacau rata bahan bahan tadi (jangan dipukul nanti kembang pula).
  8. Bila sudah rata, tapis dan tuang ke dalam bekas yang telah dituang karamel tadi.
  9. Kukus puding selama 30 minit.

Resepi puding karamel gula hangus sudah sedia untuk dihidangkan. Biarkan puding sejuk beberapa minit barulah masukkan dalam peti sejuk selama 3 jam. Bila sudah sejuk bolehlah diterbalikkan ke atas pinggan hidangan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *