nasi ayam

Nasi Ayam Simple dan Sedap

Hari ini saya akan kongsikan satu resepi nasi ayam yang simple untuk disediakan. Anda tak perlu masa cuti di hujung minggu lagi hanya untuk masak nasi ayam, setiap hari anda boleh masak untuk keluarga anda sampai jemu. Selain mudah, nasi ayam yang saya kongsi ini sedap dan sihat. Ada 5 komponen penting yang harus anda sediakan guna memasak nasi ayam yang sedap, iaitu sup, nasi, ayam, kuah kicap dan kuah cili. Anda tak perlu menggunakan minyak sehingga lebih sihat dan menjimat masa memasak.

nasi ayam

Bahan sup:

  • 1 ekor ayam (dipotong 8 & buanng kulit)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1-2 biji bawang (dibelah 4)
  • 1 inci halia (dihiris/diketuk)
  • 1 batang kayu manis
  • 10 biji buah pelaga
  • 10 biji bunga cengkih
  • 4 biji bunga lawang
  • 2 sudu besar serbuk jintan putih
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 kiub ayam Maggi (boleh lebih)
  • air secukupnya

Cara menyediakan sup

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
  2. Tambahkan air secukupnya yang cukup untuk bahan masak nasi, sup, dan kuah.
  3. Didihkan sup hingga ayam masak dan keluarkan ayam dari sup.
  4. Letakkan ayam ke dalam bekas yang berasingan untuk diperap sebelum digoreng.

Bahan nasi

  • 2 mangkuk nasi
  • 1 3/4 mangkuk sup
  • 1-2 titis pewarna kuning (boleh ganti 1-2 sudu besar serbuk kunyit)

Cara menyediakan nasi

  1. Basuh beras dan titiskan dengan pewarna kuning. Rendam beras selama 5-10 minit.
  2. Toskan beras dan masukkan masukkan sup ke dalam periuk.
  3. Kurangkan sedikit ukuran air supaya mengelakkan nasi menjadi lembik.
  4. Biarkan nasi masak.
  5. Untuk menaikkan aroma nasi, boleh letakkan daun pandan dan serai yang telah dititik.

Bahan ayam

  • ayam (yang telah dimasak dalam sup tadi)
  • 2 sudu kicap lemak (jalen)
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu gula

Cara menyediakan ayam

  1. Gaul semua bahan dengan ayam yang telah dimasak, perap ayam seketika.
  2. Masukkan ayam dalam kuali panas dan goreng hingga bahagian luarnya garing dan bewarna keperangan.
  3. Jangan goreng ayam terlalu lama kerana jus ayam akan hilang.
  4. Jangan buang sisa kicap kerana boleh digunakan untuk buat kuah kicap.

Cara menyediakan kuah kicap

  1. Masukkan kicap perapan ayam tadi dan 2 sudu sup ke dalam kuali, renihkan hingga pekat.
  2. Masak menggunakan api perlahan supaya kuah kicap tidak hangit.

Bahan kuah cili:

  • 12 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 mangkuk sup
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu cuka

Cara menyediakan:

  1. Kisar semua bahan dan renih hingga kuah menjadi pekat.
  2. Masak menggunakan api perlahan supaya kuah cili tidak hangit.

Nasi ayam telah siap untuk dihidangkan. Untuk hiasan anda boleh menggunakan hirisan timun, tomato dan daun salad. Jika anda mencari sebarang cadangan resepi menarik, sila cuba cek resepi lainnya. Selama mencuba dan semoga berjaya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *