resepi ketupat sotong kelate

Hari ini saya akan kongsikan resepi ketupat sotong kelate. Inilah desert adindaku minta buatkan bila sudah balik kampung. Bila kami yang ke rumah mereka, ini juga yang mereka minta. Resepi desert oghe kelate ini memang yang terbaik, campur dengan pulut, gula melaka, santan dan daun pandan, rasanya sedap. Ingat dulu rakan saya mula-mula dengar resepi ini macam tak masuk je. Sotong kan orang biasa masak buat lauk. Tapi sekali dia merasa, senyum senyum dan siap minta tambah lagi. Jom kita tengok resepi dan kaedah cara buat ketupa sotong kelate step by step.

resepi ketupat sotong kelate

Bahan-bahan:

  • 1 kilo sotong saiz sederhana yang segar
  • ½ kilo santan pekat
  • 3 ketul gula melaka (nise)
  • 1 cawan beras pulut
  • 10 helai daun pandan
  • Garam dan gula
  • pencungkil gigi

Cara membuat:

  1. Bersihkan sotong, buangkan hitam dan kulitnya, toskan.
  2. Basuh beras pulut dan rendam seketika dengan sedikit santan dan garam.
  3. Ambil sotong, gunakan sudu kecil, masukkan beras pulut tadi sehingga separuh badannya.(jangan isi penuh nanti isi pulut yang terhasil keras dan mentah)
  4. Ambil kepala sotong dan masukkan ke dalam badannya yang berisi beras pulut tadi.
  5. Cucukkan pengcungkil gigi depan dan belakang kepala.
  6. Di dalam periuk, lapik bahagian dasarnya dengan daun pandan sehingga melitupi kesemuanya.
  7. Susun sotong biar memenuhi ruang dasar dan tindan perlahan di atasnya.
  8. Masukkan santan pekat tadi bersama sedikit garam, dan gula melaka.
  9. Hidupkan api yang paling kecil, tutupkan periuk dan masak selama 30-45minit (hingga pulut dalam sotong tu masak). Santan tu akan pecah minyak.

Resepi ketupat sotong kelate sudah sedia untuk dihidangkan. Dalam pulut tu boleh anda letak bawang merah ditumbuk dan gaulkan dengan halba, baru sedap dan bangkit bau.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *