resepi japanese cotton cheesecake

Hari ini saya akan kongsikan resepi japanese cotton cheesecake yang gebu gebas. Anda boleh juga sebut kek ini dengan kek keju jepun. Saya terus terbayang rasa keju yang sedap, tekstur kek yang gebu dan ringan. Anak-anak sangat suka bila sudah makan kek keju ini. Sebenarnya dahulu saya pun rajin nak beli kek cheese Jepun ini, sedap sangat. Tapi guna menghemat wang, lebih baik kita buat sendiri di rumah. Lebih asyik dan lagi puas hati makannya. Tapi resepi kek keju Jepun ini bukan dalam sukatan cawan sebab mengelakkan kek mendap. Kalau anda sudah expert boleh guna cawan. Jom kita tengok cara buat japanese cotton cheesecake dibawah ini.

resepi japanese cotton cheesecake

Bahan A:

  • 200g cream cheese
  • 48g unsalted butter
  • 20g castor sugar
  • 80g susu
  • 5 biji kuning telur
  • 50g tepung kek
  • 15g tepung jagung

Bahan B:

  • 5 biji putih telur
  • 80g castor sugar

Cara membuat:

  1. Cairkan cream cheese dan butter menggunakan double boiler.
  2. Masukkan gula dan susu. Pukul sebati.
  3. Alihkan adunan ke tepi dan kacau-kacau untuk turunkan sedikit suhu.
  4. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji dan kacau sebati.
  5. Masukkan tepung gandung dan tepung jagung. Kacau sebati.
  6. Pukul putih telur dan masukkan 80g gula sedikit demi sedikit.
  7. Masukkan putih telur ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  8. Tuang adunan dalam loyang. Bakar secara water bath dalam pre-heated oven pada suhu 160C selama 10 minit.
  9. Akhir sekali, turunkan suhu ke 150C dan bakar selama 70 minit.

Bila sudah masak, keluarkan kek dalam oven dan terbalikkan. Sejukkan selama 15-20 minit. Resepi Japanese cotton cheesecake sudah sedia untuk dihidangkan. Baru cantik kejadiannya bila kek sudah sejuk baru dipotong.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *