jagung kukus manis

Hari ini saya akan kongsikan resepi jagung manis kukus semudah ABC. Siapa yang suka makan jagung manis? Saya memang suka sangat, anak-anak pun suka sangat. Tapi bila nak beli kat gerai rasa tak puas makan, beli 2 cup pun masih tak cukup, mahu berapa wang untuk beli jagung manis kukus jer. Kalau nak puas makan memang best buat sendiri lah. Dapat jimat banyak, dapat buat banyak, dan dapat makan banyak. Bila baru nak buat biasanya saya buat dalam kuantiti sedikit dulu sebab nak cuba kan? Bila sudah dapat sukatan yang sesuai selera boleh dijadikan rujukan.

jagung kukus manis

Bahan-bahan:

  • 250 g @ 2 cawan jagung frozen
  • 2 sudu besar marjerin
  • 1 1/2 sudu besar susu pekat manis
  • sedikit garam

Cara penyediaan:

  1. Kukus jagung frozen selama 20 minit, lebih lama lagi best.
  2. Apabila sudah dikukus, gaul jagung bersama marjerin, susu pekat manis dan garam hingga sebati.

Jagung manis kukus sudah boleh dimakan. Sangat senang kan buatnya semudah abc. Lepas ini anda boleh cuba buat sendiri di rumah banyak banyak pulak. Ibu dilah buat kejap jer licin, memang sempat rasa 1 sudu selepas itu anak anak yang habiskan. Boleh juga ditambah cheese diatasnya untuk rasa masin. Selamat mencuba.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *